Bayangan

Pages

Faktor pertambahan wanita dalam sektor pekerjaan

Faktor pertambahan wanita dalam sektor pekerjaan

Pencapaian pendidikan.
            Kemajuan yang dicapai oleh wanita dalam bidang sosial dan ekonomi sebahagian besarnya disebabkan wujudnya peluang pendidikan yang sama antara lelaki dan wanita. Enrolmen wanita disekolah rendah dan menengah menunjukkan nisbah penduduk mengikut gender, iaitu kurang separuh daripada jumlah enrolmen pada tahun 2005. Pada peringkat matrikulasi dan tingkatan enam, enrolmen wanita adalah 67 peratus manakala di university awam meningkat dengan ketara daripada 61 peratus pada tahun 2000 kepada 63.4 peratus pada tahun 2005. Walau bagaimanapun, di peringkat lepasan ijazah hanya 48.8 peratus pelajar wanita yang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dan 35.7 peratus peringkat kedoktoran. Penyediaan peluang pendidikan yang sama dan mampu dibayar membolehkan Milennium Devlopment Goal dari segi mencapai kesaksamaan gender dan penghapusan ketaksamaan gender dalam pendidikan rendah dan menengah dicapai pada tahun 2005. (Rancangan Malaysia Ke-9)

Latihan.
            Pelbagai program latihan kemahiran dan keusahawanan dilaksanakan bagi membolehkan wanita memajukan diri dan mengambil peluang dalam pasaran pekerjaan. Seramai 3000 usahawan wanita mendapat manfaat daripada program ini terutamanya penerima pinjaman Yayasan Tekun Nasional (YTN). Program yang sama juga dilaksanakan di bawah Program Keusahawanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menyediakan latihan kepada 8000 wanita. Di samping itu, program latihan dilaksanakan bagi membantu usahawan wanita menaik taraf perniagaan mereka ke peringkat enterprise kecil dan sederhana (EKS). Dibawah bengkel Program Pembangunan Keusahawanan Pertanian pula, sebanyak 154 bengkel latihan dikendalikan yang memanfaatkan 6328 wanita. Hasil daripada program ini, wanita telah menyertai industri makanan berasaskan pertanian yang menghasilkan jumlah jualan sebanyak RM94.1 juta. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi melengkapkan wanita dengan kemahiran dan pengetahuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Program seperti Internet Desa dan e-Industri Desa juga dilaksanakan.

Bantuan kewangan.
            Dalam tempoh rancangan, pelbagai skim bantuan kewangan disediakan bagi memudahkan lebih ramai wanita menjadi usahawan. Di bawah skim YTN, sebanyakRM200 juta dikeluarkan sebagai bahan pinjaman kepada 46000 wanita untuk membantu mereka dalam aktiviti keusahawanan. Skim Mikro Kredit Bank Simpanan Nasional memberikan pinjaman sebanyak RM446 juta kepada 49000 usahawan wanita. Melalui Skim Mikro Kredit di bawah Bank Pertanian Malaysia, sebanyak RM55.9 juta pinjaman diluluskan kepada 5600 wanita. Di bawah Skim Bantuan Khas Usahawan Wanita, sebanyak RM18.5 juta diluluskan kepada 185 usahawan wanita. Pinjaman ini membantu mereka melibatkan diri dalam perkhidmatan berasaskan teknologi maklumat, perekabentukan dan pembungkusan produk, penyelidikan dan pembangunan serta pemasaran. Di samping itu, bagi menggalakkan lebih ramai wanita menceburi aktiviti berkaitan teknologi seperti reka bentuk, paten dan lakaran rencana terperinci, Tabung Perolehan Teknologi untuk wanita (TAF-W) telah ditubuhkan dengan peruntukkan sebanyak rm25 juta.

Taraf kesihatan.
            Wanita memperoleh faedah daripada peningkatan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Program kesihatan ibu dan kanak-kanak yang bertujuan untuk mengurangkan mortality dan morbiliti di kalangan ibu bapa dan kanak-kanak, meningkatkan penjagaan kesihatan ibu sebelum dan selepas bersalin serta memberi pendidikan kesihatan dan pemakanan telah di laksanakan. Di samping itu, penekanan di berikan untuk mendapatkan perkhidmatan kelahiran yang selamat.
Menyedari wanita khususnya wanita muda berada dalam kategori berisiko tinggi dari segi pendedahan kepada human immunodefiency virus/acquired immunodefiency syndrome (HIV/AIDS), penekanan yang lebih diberikan bagi meningkatkan kesedaran serta menyediakan maklumat dan pendidikan mengenai bahaya HIV/AIDS.
Peningkatan insiden kanser di kalangan wanita khususnya kanser payudara dan servik memberikan implikasi yang serius kepada pesakit serta keluarga. Memandangkan penggalakan dan pencegahan kesihatan penting bagi memastikan wanita sihat dan kekal sihat, penekanan yang lebih diberi kepada pelaksanaan pendidkan kesihatan dan program kesedaran. Sehubungan ini, program Nur Sejahtera diperkenalkan pada tahun 2004 bagi mendidik wanita mengenai kepentingan pemeriksaan kesihatan yang kerap serta mengamalkan gaya hidup sihat. Di samping itu, Health Line diperkenalkan pada tahun 2005 bagi menyediakan maklumat yang menyeluruh dan bersepadu melalui talian mengenai penyakit tidak berjangkit seperti kanser, kencing manis dan penyakit yang berkaitan dengan jantung. Langkah ini memperkasa masyarakat khususnya wanita mengenai pentingnya kesihatan dan pengesanan awal penyakit.            

Kemiskinan dikalangan wanita
            Pelbagai program ekonomi, social dan latihan dilaksanakan oleh Kerajaan dan NGO bagi mengurangkan insiden kemiskinan di kalangan wanita termasuk ibu tunggal dan ketua isi rumah wanita. Di bawah Skim Pinjaman Ikhtiar yang dilaksanakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), seramai 67000 wanita wanita daripada kumpulan berpendapatan rendah terlibat dalam perusahaan mikro kredit. Wanita di kawasan luar Bandar juga di beri peluang menubuhkan bengkel dan premis gerai perniagaan bagi memudahkan mereka melibatkan diri dalam perniagaan kecil. Di samping itu, latihan ICT dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan mereka. Skim Khas Ibu Tunggal diperkenalkan oleh AIM pad tahun 2001 membolehkan ibu tunggal menjalankan aktiviti yang menjanakan pendapatan dengan menyediakan akses mudah kepada mereka untuk memperoleh bantuan kewangan. Seramai 2800 ibu tunggal mendapat manfaat skim ini.


Perundangan sokongan.   
            Pada tahun 2001, Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memasukkan perkataan ‘gender’ sebagai satu daripada asas untuk mencegah diskriminasi dan seterusnya beberapa undang-undang telah dipinda. Mulai tahun 2002, balu kakitangan Kerajaan telah dibenarkan untuk mnerima pencen selepas berkahwin semula manakala pindaan yang sama dibuat keatas Akta Keselamatan Sosial 1969 pada tahun 2003. Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 telah dipinda pada tahun 2002 bagi membenarkan isteri peneroka mendapat pemilikan bersama ke atas tanah yang di berikan kepada suami mereka di bawah skim pembangunan tanah. Peraturan Imigresen juga dipinda bagi membolehkan lelaki warga asing yang berkahwin dengan wanita rakyat Malaysia memperbaharu pas lawatan mereka setiap tahun berbanding dengan tempoh sebelumnya. Peruntukan yang sama juga diberikan kepada wanita warga asing yang berkahwin dengan lelaki Malaysia yang telah berpisah atau bercerai.

Keganasan terhadap wanita
            Usaha diambil bagi membendung peningkatan bilangan kes keganasan terhadap wanita. Di samping mengkaji semula perundangan sedia ada dan memperkenalkan perundangan baru, program pencegahan dan pemulihan juga dilaksanakan. Kempen Wanita Menentang Keganasan (WAVE) peringkat kebangsaan dilancarkan pada tahun 2002 bagi meningkatkan kesedaran terhadap keganasan rumah tangga. Di samping itu, persatuan sukarela WAVE ditubuhkan disemua  negeri. Latihan diberikan dan maklumat disampaikan kepada ahli persatuan untuk mengenal pasti penderaan dan rawatan kepada mangsa ditempatkan di pusat perkhidmatan masyarakat, hospital dan rumah perlindungan.







Langkah-langkah mengalakkan penyertaan wanita dalam pekerjaan.  

Peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga buruh
            Kerajaan akan terus menggalakkan lagi penyertaan wanita dalam tenaga buruh dan menyumbang kearah peningkatan pembangunan sosioekonomi negara. Memandangkan peglibatan lebih ramai wanita dalam pasaran pekerjaan memerlukan keseimbangan yang lebih baik antara kerja tanpa bayaran  dengan kerja berbayar, dasar pekerjaan yang berkesan pelu merangkumi lebih daripada penyediaan pekerjaan. Sehubungan ini, langkah akan diambil bagi memastikan penyediaan sokongan yang perlu bagi membolehkan wanita menyertai pasaran pekerjaan. Di samping itu, wanita digalakkan memasuki semula pasaran pekerjaan dengan menyediakan peluang latihan semula.
            Sektor swasta yang merupakan majikan terbesar akan digalakkan untuk memudahkan lagi penyertaan  wanita dalam pasaran pekerjaan melalui penyediaan peraturan kerja yang lebih kondusif dengan mengambil kira pelbagai peranan dan tanggungjawab wanita. Kemudahan ini termasuk mewujudkan peraturan kerja baru dan fleksibel seperti telekerja, kerja sambilan dan perkongsian kerja. Di samping itu, usaha akan diambil bagi melaksanakan konsep kerja dari rumah untuk menggalakkan wanita menceburi perniagaan kecil.
            Memandangkan kerja mengurus rumahtangga dan penjagaan keluarga kekal dipertanggungjawabkan kepada wanita, ramai wanita memberikan keutamaan kepada tanggungjawab keluarga. Keaadan ini meningkatkan bilangan wanita dalam sektor tidak formal dengan peraturan kerja yang fleksibel. Langkah akan diambil supaya pekerja wanita dalam sektor tidak formal mempunyai akses yang lebih baik terhadap perlindungan sosial yang mencukupi untuk menghadapi kitaran hidup seperti sakit, kecacatan dan lanjut usia serta risiko pekerjaan.

Peningkatan peluang pendidikan dan latihan.
            Lebih banyak peluang pendidikan dan latihan akan disediakan bagi membantu wanitam memenuhi keperluan hidup mereka. Peluang latihan dan latihan semula akan disediakan bagi membolehkan lebih ramai wanita memperoleh kemahiran baru dan yang lebih tinggi sesuai dengan keperluan industri terutamanya dalam arus perubahan teknologi yang pesat. Sehubungan ini, sektor swasta juga digalakkan untuk menyediakan peluang latihan kemahiran dan latihan semula kepada wanita termasuk bidang teknologi baru.
            Lebih ramai wanita akan digalakkan untuk mengikuti pengajian dalam bidang sains dan kejuruteraan. Sehubungan ini, program bimbingan kerjaya akan dilaksanakan di peringkat sekolah rendah bagi memberikan kesedaran yang lebih tinggi di kalangan pelajar wanita dan ibu bapa mengenai peluang pendidikan dan pekerjaan dalam bidang professional dan teknikal. Kaunseling dan maklumat tentang prospek dalam bidang bukan akademik juga akan diberikan kepada pelajar wanita bagi menggalakkan mereka mengikuti pengajian vokasional dan teknikal.di samping itu, peluang latihan di kolej komuniti dan institusi latihan kemahiran akan ditingkatan bagi kemasukkan pelajat wanita yang tercicir pengajian formal diperingkat sekolah. Bagi memastikan wanita terutamanya di luar bandar terus mendapatkan akses ICT, program latihan formal dan tidak formal berkenaan aplikasi dan celik komputer akan dijalankan.

Peningkatan penyertaan  dalam aktiviti perniagaan dan keusahawanan.
            Penglibatan wanita dalam aktiviti perniagaan dan keusahawan akan diteruskan melaui penggabungan dan penyepaduan bantuan kewangan dan penyediaan program latihan yang lebih baik. Maklumat mengenai program ini akan disebarkan secara meluas. Bagi memudahkan lebih ramai wanita memperoleh pinjaman, program khusus untuk wanita akan diwujudkan dalam program bantuan kewangan sedia ada. Pelaksanaan konsep bekerja dari rumah akan memudahkan lagi penglibatan wanita dalam aktiviti perniagaan. Lebih banyak peluang akan disediakan kepada wanita untul melibatkan dalam industry dan perniagaan berasaskan pertanian. Memandangkan bidang bioteknologi merupakan sumber pertumbuhan baru, usaha akan diamabil untuk menggalakakan lebih ramai usahawan wanita memanfaatkan peluang daripda potensi bidang ini khususnya dalam bioteknologi pertanian dan penjagaan kesihatan. Usahawan wanita juga akan digalakkan untuk menubuhkan rangkaian organisasi lain yang berjaya dalam dan luar negara.

Kajian semula undang-undang dan peratuaran bagi meningkatkan taraf wanita.
            Undang-undang dan peraturan sedia ada yang mendiskriminasikan atau menghalang kesejahteraan dan penyertaan wanita dalam usaha pembangunan akan dikaji semula. Menyedari pentingnya untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan wanita, Akta Pekerjaan 1955, Akta Perhubungan Perusahaan  1957 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan dipinda bagi memasukkan peruntukkan untuk menghalang segala bentuk gangguan seksual di tempat kerja. Langkah akan terus diambil untuk memperkemaskan penguatkuasaan dam mempercepat pelaksanaan keputusan mahkamah, termasuk mahkamah syariah bagi memastikan perlindungan dan kebajikan wanita. Di samping itu, sektor swasta akan digalakkan untuk mengkaji semula perjanjian bersama bagi memastikan tiada diskriminasi gender.

Penambahbaikan taraf kesihatan dan kesejahteraan wanita.
            Bagi memastikan wanita sentiasa sihat, penekanan akan di berikan  bagi melaksanakan program kesejahteraan, meningkatkan kesedaran tentang kesihatan serta menggalakkan pencegahan, pemeriksaan dan pengesanan awal penyakit yang spesifik seperti kanser terutamanya dikalangan wanita berpendapatan rendah dan di kawasan terpencil. Dasar dan strategi akan digubal untuk menyepadukan komponen kesihatan reproduktif ke dalam sistem penjagaan kesihatan asas. Klinik bergerak juga akan disediakan di bawah Program Nur Sejahtera bagi meningkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan.
            Usaha bersepadu akan diambil untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik wanita tentang penyakit HIV/AIDS dan penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks terutamanya golongan wanita muda. Program untuk mencegah pemindahan HIV daripada ibu kepada anak serta penyediaan penjagaan dan sokongan kepada mereka yang dijangkiti termasuk program kaunseling akan diteruskan. Pendidikan seks, kemahiran hidup dan program perubahan sikap akan terus dipergiat. Bagi memastikan program tersebut dilaksanakan secara berterusan dan berkualiti, garis panduan mengenai pendidikan seks yang digubal bersama NGO akan dilaksanakan. Di samping itu, program kesihatan reproduktif bagi remaja akan dilaksanakan oleh Kerajaan dan NGO dengan matlamat untuk memupuk nilai positif dan sikap tanggungjawab serta mengalakkan gaya hidup sihat.   

Pengurangan keganasan terhadap wanita
            Usaha bersepadu akan terus diambil bagi meningkatkan kesedaran bahawa keselamatan dan kesejahteraan wanita dan keluarga adalah tanggungjawab bersama. Program kesedaran dan latihan yang berkaitan dengan pemahaman peranan dan keperluan gender, pencegahan penderaan dan keganasan, penyelesaian konflik dan pengekalan keharmonian keluarga akan dilaksanakan oleh Kerajaan dan NGO. Kemudahan perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga akan diwujudkan di Rumah Nur yang sedia ada di lima negeri iaitu Kelantan, Melaka, Pahang, Sabah dan Selangor.
            Sektor  swasta juga akan digalakkan menyertai usaha untuk menghapuskan keganasan terhadap wanita. Kerajaan dengan kerjasama NGO akan memastikan wujudnya mekanisme sokongan kepada mangsa keganasan rumah tangga termasuk mewartakan lebih banyak rumah perlindungan dan menyediakan sukarelawan terlatih serta menempatkan mereka di lokasi strategik seperti hospital dan balai polis. Kursus pekaan gender akan dilaksanakan bagi agensi yang terlibat menangani dan menguruskan kes keganasan rumah tangga. Sehubungan ini, prosedur operasi standard akan disediakan untuk kegunaan agensi dan NGO yang berkaitan bagi memastikan keselarasan dan keberkesanan yang lebih baik dalam menangani kes tertentu.   
                      


Pengurangan kadar kemiskinan dan peningkatan kualiti hidup.
            Usaha akan diambil bagi mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan wanita khususnya di kawasan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak. Bagi mengatasi kemiskinan bandar, program untuk wanita miskin di kawasan bandar akan dibangunkan. Penekanan khusus akan diberikan kepada ibu tunggal melaui pembentukan pelan tindakan strategik yang akan mengariskan program pendidikan dan latihan serta pendekatan bagi memudahkan peglibatan golongan tersebut dalam aktiviti yang menjanakan pendapatan. Menerusi pendekatan ini, program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) akan diperkenalkan untuk meningkatkan kemahiran ibu tunggal. I-KIT akan memberikan tumpuan kepada tujuh bidang kemahiran iaitu jahitan , kraf tangan, pelancongan, terapi kecantikan, perniagaan, keusahawanan dan penjagaan kanak-kanak. Kerajaan akan melengkapi usaha tersebut dengan menyediakan isentif dalam bentuk rebat cukai kepada syarikat terlibat.

Pengukuhan jentera nasional dan keupayaan institusi.
            Kearah mencapi matlamat kuota 30 peratus wanita memegang jawatan dalam kategori pembuat keputusan di sektor awam. Lebih banyak peluang akan disediakan kepada wanita untuk memegang jawatan uatama dalam perkhidmatan awam. Di samping itu penekanan akan di berikan untuk melantik lebih ramai wanita sebagai ahli majlis dalam pihak berkuasa tempatan.
            Latihan akan disediakan bagi meningkatkan keberkesanan tumpuan untuk pengurusan gender dalam agensi awam bagi memastikan dasar, strategi dan program di agensi tersebut megambil kira perspektif gender.
Program analisis bajet dan kepekaan gender akan dilaksanakan oleh penggubal dan perancangan dasar. Usaha yang lebih berkesan juga akan diambil bagi memastikan pengumpulan dan penyediaan data mengikut gender yang bersistem untuk memudahkan analisis yang berkesan, memantau, menilai impak dan menggubal dasar. Di samping itu, pelaksanaan bajet gender akan diperluas secara berperingkat ke kementerian yang lain.


Menyuarakan isu berkenaan wanita di peringkat antarabangsa.
            Kerajaan bersama sektor swasta dan NGO akan terlibat secara aktif dalam forum antarabangsa untuk memajukan wanita. Penglibatan ini membolehkan Malaysia berkongsi pengalaman dalam bidang tertentu seperti pembasmian kemiskinan, pencapaian pendidikan dan peningkatan taraf kesihatan serta pengenalan kepada pendekatan pembangunan yang lebih menyeluruh.
            Penubuhan Pusat Pembangunan Gender NAM di Malaysia akan membolehkan tindakan bersepadu di peringkat antarabangsa bagi memajukan dan memperkasa wanita melalui pendekatan pendidikan sepanjang hayat. Sehubungan ini, pusat tersebut akan menjalani pelbagai program termasuk bina upaya, pertukaran pendapat dan maklumat serta penyelidikan di samping kerjasama erat dengan organisasi dan institusi antarabangsa.      
              

1 comments:

Unknown said...

Pinjaman untuk pelbagai tujuan
Kami menawarkan jumlah minimum 10,000.00 dolar untuk 10 juta dolar
Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
pinjaman
tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
pelanggan mesti
Melebihi usia o f 18 tahun
Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
(Daviesruthfirm@gmail.com)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...