Bayangan

Pages

Lanskap Di Malaysia

1.0 PENGENALAN
Setiap manusia sentiasa mengimpikan sesuatu pemandangan yang indah dan menarik untuk dipandang dan diamati. Namun semua pemandangan itu bukan hanya wujud dalam keadaan semulajadi sahaja malah memerlukan kreativiti dan inovatif daripada manusia dalam mencipta dan membinanya. Untuk mengindahkan sesuatu kawasan, ia memerlukan lakaran atau hiasan landskap yang cantik dan bersesuaian dengan sesuatu kawasan tersebut. Bidang landskap merupakan satu bidang yang berkaitan dengan pengajian sains dan seni dan menekankan pertalian di antara alam binaan dan alam semulajadi dengan mengambilkira kedua-duanya dalam konteks penghidupan manusia sejagat . Landskap adalah merupakan rupa daratan iaitu apa sahaja yang dilihat di atas muka bumi seperti bangunan, jalan raya, tumbuhan, tasik dan sebagainya. Selain itu, landskap juga bermaksud sebagai ‘Perancangan dan rekabentuk tanah & air untuk kegunaan awam oleh Laurie (1975) . Landskap juga boleh didefinisikan sebagai suatu pemandangan luaran atau permukaan bumi di atas daratan yang dihasilkan dari keadaan semulajadi atau binaan. Manakala pelandskapan pula merupakan proses yang melibatkan kegiatan merancang, mereka bentuk, melaksana dan menguruskan landskap untuk keselesaan, keselamatan dan keseronokan manusia serta usaha-usaha manusia untuk memelihara persekitarannya supaya dapat hidup dengan selesa, puas dan harmoni. Usaha-usaha ini termasuk merancang, membangun dan menyelenggara. Proses yang melibatkan perancangan merekab bentuk melaksanakan dan mengurus landskap. Dalam membuat sesuatu landskap ia memerlukan reka bentuk yang menarik dan berpadana dengan kawasan yang hendak dihias. Dari segi pentakrifan bidang ikhtisas rekabentuk landskap bolehlah ditakrifkan sebagai 'seni dan sains mengubahsuai kawasan persekitaran dengan mengatur dan mengambilkira unsur-unsur semulajadi, tumbuhan serta binaan mengikut suatu rancangan estetik dan teknik yang menyeluruh Rekabentuk landskap adalah bermakna memilih dan menyusun elemen-elemen landskap seperti tumbuhan, struktur, air dan batu batan untuk mewujudkan ruang di kawasan luaran. Reka bentuk landskap sangat penting dalam membuat sesuatu landskap supaya kawasan yang hendak dibina landskap tersebut cantik dan menarik bersesuaian dengan citarasa penghuninya. (Sumber:www.hbp.usm.my)


2.0 ELEMEN-ELEMEN LANDSKAP

Terdapat pelbagai jenis fungsi yang digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk ditanam dalam sesuatu landskap iaitu tumbuhan digunakan untuk melembutkan seni bina keras seperti bangunan dan mengindahkan kawasan dengan bentuk, warna dan tekstur tumbuh-tumbuhan yang menarik. Selain itu, tumbuh-tumbuhan juga dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni serta menghalang daripada pandangan yang tidak dikehendaki dan dapat mengawal pergerakan pengguna dalam kawasan landskap. Tumbuh-tumbuhan juga memainkan fungsinya untuk mengawal suhu dan iklim di sesuatu tempat serta mengawal hakisan dan meningkatkan kesuburan tanah. Tumbuhan landskap juga mempunyai nilai-nilai estetika melalui ciri-ciri khusus seperti bentuk, warna dan tekstur yang menarik seperti air di mana air dapat melembutkan suasana, menyejukkan persekitaran, menghasilkan bunyi dan untuk tujuan rekreasi seperti bersampan dan memancing. Selain itu, air juga dapat meningkatkan kecantikan kawasan persekitaran dan boleh diperindahkan dalam bentuk kolam, air pancutan dan air terjun. Rupa bumi juga mempunyai nilai-nilai estetika yang menarik kerana bentuk rupa bumi atau topografi sesuatu kawasan landskap. Landskap juga boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu landskap semulajadi seperti bukit-bukau, lembahdan daratan dan landskap buatan manusia seperti busut kecil, batas tanaman, kolam-kolam dan lain-lain.

Dalam sesuatu landskap, terdapat perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian iaitu struktur dan binaan. Ini kerana ia merupakan elemen yang keras, padu dan bersifat tetap dalam sesuatu kawasan landskap. Bagi struktur yang biasa pula adalah seperti wakaf, siar kaki, kerusi, lampu taman, papan tanda, pagola, pintu gerbang, binaan simen ferro dan sebagainya.


3.0 JENIS LANDSKAP

Dalam sesuatu landskap terdapat dua jenis landskap yang digunakan disesuatu kawasan iaitu menggunakan landskap lembut (semulajadi) atau juga dikenali sebagai soft landscape yang melibatkan penggunaan elemen-elemen semulajadi seperti tumbuhan dan air. Manakala penggunaan jenis landskap kejur (buatan manusia) atau hard landscape pula melibatkan elemen-elemen buatan dan keras seperti batu, kayu, lampu dan wakaf. Kedua-dua jenis landskap ini memainkan peranan penting dalam membina sesebuah landskapa agar ianya tidak terlalu sesebuah landskap itu tidak terlalu kejur dan tidak terlalu lembut. Oleh yang demikian kedua-dua jenis landskap akan digunakan untuk menghasilkan pemandangan yang menarik dan indah dipandang. Sebagai contoh, landskap bangunan-bangunan konkrit akan dimasukkan elemen-elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan renek dan penutup bumi serta pancuran air agar pemandangan landskap bangunan tidak terlalu kejur.


4.0 FUNGSI TUMBUHAN DALAM LANDSKAP

Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam landskap bagi memberikan keindahan dan keserian dalam landskap tersebut. Tumbuhan penting dalam sesuatu landskap dan penggunaan sesuatu tumbuhan juga dapat memberikan kesan yang menarik keapda landskap. Dari segi fizikal, tumbuhan digunakan untuk mengawal hakisan serta meredakan iklim. Selain tu, tumbuh-tumbuhan juga digunakan sebagai perlindungan daripada pantulan cahaya, pemandangan yang kurang elok dan tiupan angin serta memberi teduhan daripada panas matahari dan menunjukkan arah pergerakan lalu lintas kepada pejalan kaki. Manakala dari segi estetika pula, tumbuh-tumbuhan dapat membentuk ruang luar sesuatu bangunan dan merangka dan membingkai pemandangan. Dengan penggnaan tumbuh-tumbuhan dalam landskap ia dapat melembutkan pemandangan seni bina bangunan serta mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi. Tumbuh-tumbuhan juga adalah penyatu kepada pelbagai elemen dalam sesuatu kawasan.


5.0 SEJARAH/ PERKEMBANGAN LANDSKAP

Landskap telah wujud bermula pada zaman batu lagi. Ini adalah berdasarkan kepada bukti penemuan lukisan-lukisan di gua batu oleh ahli-ahli sejarah. Ahli kaji purba pula sering menemui tinggalan bekas minyak wangi dan kilang memproses minyak wangi dari kawasan kajian. Di dapati bahawa tumbuhan digunakan untuk hiasan dan bau-bauan. Taman al-Hambra di Sepanyol yang di bina pada akhir abad ke 11 dan 13 merupakan taman tersohor pada masa itu. Reka bentuk bangunan dan landskap yang lebih bercirikan Islam (Sumber: www.hbp.usm.my)

5.1 Perkembangan Landskap Di Malaysia

Perkembangan landskap Malaysia telah bermula sejak awal zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu pada abad ke 14 dan abad ke-15. Berdasarkan kepada pengisahan Munsyi Abdullah yang menyatakan bahawa kewujudan taman larangan pada zaman Kesultanan melayu Melaka dan keindahan taman bunga pada zaman kesultanan Kelantan abad ke-16 dikenali dengan ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’. Hasil daripada peninggalan penjajah sepertui Portugis, Belanda dan British di Tanah Melayu telah wujudnya sesuatu landskap kerana mereka yang mula memperkenalkan konsep rekreasi dan kawasan lapang di kawasan yang dijajah. Terdapat beberapa peninggalan landskap oleh penjajah yang masih wujud hingga kini adalah seperti Taman Botani, Pulau Pinang (1884, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur (1910) dan Taman Tasik Taiping, Perak (1910). Mereka juga yang telah membawa pelbagai tumbuhan-tumbuhan eksotik dari negara mereka ke Tanah Melayu pada ketika itu. Pembinaan landskap di kawasan perkampungan orang melayu pada masa dahulu lebih menumpukan kepada alam semulajadi dan persekitarannya. Bagi mengekalkan keadaan semulajadi, landskap yang di buat untuk menyediakan kawasan yang lapang semasa mengadakan majlis kenduri. Manakala tumbuh-tumbuhan yang selalu di tanam dikawasan perkampungan orang melayu adalah seperti kelapa. Ini kerana kelapa mempunyai banyak kegunaannya di samping di tanam bagi menandakan kelahiran anak disayangi. (Sumber: www.hbp.usm.my)

Setelah Tanah Melayu mencapai pembangunan negara yang pesat dan lebih dikenali sebagai Malaysia menyebabkan berlaku perubahan terhadap pembinaan landskap. Landskap di Malaysia ternyata adalah lebih tersusun dan teratur pada akhir tahun 1970an di mana berlaku kerja-kerja mengindahkan untuk kawasan kediaman rasmi, jalan-jalan, bangunan-bangunan awam, taman-taman rekreasi dan istana. Kesedaran ini telah timbul untuk mewujudkan lebih banyak kawasan lapang dan kawasan untuk orang awam. Contohnya seperti Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Permaisuri di Kuala Lumpur.


6.0 KONSEP RUMAH: BANGLO SATU TINGKAT

Keunikan reka bentuk sesebuah rumah memainkan peranan penting di mana fungsi sesebuah kediaman ialah memberikan keselesaan mutlak kepada pemiliknya. Selain praktikal, penentuan dan pemilihan konsep bertempatan gaya hidup mencerminkan citarasa pemilik kediaman itu sendiri. Rumah banglo berkonsepkan Moden Tropika telah menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai sebuah rumah contoh dalam menyediakan sebuah landskap taman yang mampu memberi kepuasan kepada pemilik. Idea dan konsep yang terbentuk hasil daripada gabungan pelbagai nilai-nilai yang dihayati dari persekitaran dan ciri-ciri senibina tempatan dan luar negara yang diubahsuai untuk menepati citarasa pembeli kediaman tempatan. Rekabentuk rumah banglo yang berkonsepkan Moden Tropika ini mempunyai anjung kereta, beranda dan patio serta yard iaitu laman belakang rumah.


Rajah 1: Rumah Banglo Moden Tropika Type E

Rajah 1 mnunjukkan rekabentuk rumah banglo Jenis E, di mana ianya merupakan salah satu rekabentuk banglo satu tingkat yang terkini dari NSC. Rumah banglo satu tigkat yang berekabentuk Jens E sekarang dalam pembinaan khas untuk bumiputera sahaja iaitu di Taman Sri Permai Jelatok, Mukim Pasir Genda, Tanah Merah Kelantan. Sehubungan itu, rekabentuk rumah Jenis E ini berkeluasan 1260 kaki persegi di mana ianya mempunyai keluasan laman yang agak luas yang mampu mengindahkan lagi seluruh kawasan rumah banglo ini. Anggaran harga sebuah rumah banglo ini adalah diantara RM160 ribu hingga RM 200 ribu dan ianya amatlah berpatutan dan pemilik akan berpuas hati dengan rekabentuk yang telah direka khas ini hanya untuk bumiputera. (Sumber: http://www.blogcatalog.com/blog/nsc-properties-pemaju-perumahan-di-kelantan)


Rajah 2: Anjung Kereta 


Rajah 3: Berandah


Rajah 4: Patio Rajah 


5: Back Yard

Keistimewaan rekabentuk rumah banglo NSC ialah ianya telah mengaplikasikan sistem “open-plan” di mana ianya bertujuan untuk meminimumkan sekatan-sekatan dinding antara ruang yang lain. Selain itu ianya juga bertujuan untuk menampakkan ruang yang lebih besar dalam rumah seperti penambahan berandah, patio dan back yard yang mampu menampakkan lagi rumah banglo ini bersifat kontemporari dan kelihatan mewah walau pun agak ringkas. Sekiranya rekabentuk rumah banglo ini tidak menggunakan sistem ini, kediaman akan kelihatan terlalu ringkas dan merimaskan kerana tiada ruang yang terbuka dan ianya akan kelihatan seperti rumah kos rendah.

Konsep tropika yang telah diterapkan oleh NSC dalam setiap rekabentuk rumah banglo menyediakan anjung kereta berbumbung yang bertujuan memilihara kenderaan pemilik kediaman daripda panas dan limpahan air hujan yang boleh merosakkan warna cat kereta seperti di Rajah 2.
Selain itu, sistem “open-plan” ini juga menyediakan berandah yang disambungkan dari bahagian ruang tamu ke bahagian hadapan rumah atau sambungan terus ke anjung kereta. Merujuk kepada Rajah 3, berandah yan disediakan oleh NSC ialah berandah jenis berpagar yang boleh dijadikan ruang santai sebagai salah satu alternatif ruang rehat bersama keluarga pemilik kediaman.
Manakala Rajah 4 pula menunjukkan bahagian laman tepi rumah atau juga dikenali sebagai Patio di mana ianya merupakan sambungan dari bahagian ruang keluarga ke ruang halaman rumah. Tujuan sebenar patio disediakan adalah untuk dijadikan juga salah satu ruang keluarga berkumpul sambil menikmati angin petang dan menghirup udara segar.
Walau bagaimanapun, halaman belakang atau dikenali juga sebagai back yard tidak kurang pentingnya dalam penerapan konsep tropika oleh NSC. Yard rumah banglo rekabentuk Type E ini adalah sambungan dari bahaian dapur ke ruang halaman rumah. Yard biasanya dijadikan tempat bilik simpanan ataupun tempat menyimpan barang-barang stor atau juga akan dijadikan sebagai tempat jemuran pakaian. Namun, sekiranya pemilik kediaman inginkan sesuatu kelainan pemilik kediaman juga boleh jadikan yard tempat selamat untuk kanak-kanak bermain dengan menanam rumput karpet atau meletakkan tile lembut dari aspek keselamatan.




Rajah 6: Rumah Contoh Banglo Rekabentuk Type E


Perspektif 1: Pandangan Hadapan Perspektif


2: Pandangan Sisi Kanan


Perspektif 3: Pandangan Sisi Kiri Pandangan


 4: Pandangan Belakang
(Sumber: http://www.blogcatalog.com/blog/nsc-properties-pemaju-perumahan-di-kelantan)



Rajah 7: Pelan Lantai Rekabentuk Rumah Banglo Type E
(Sumber: http://www.blogcatalog.com/blog/nsc-properties-pemaju-perumahan-di-kelantan)


6.1 Pelan Jalan Ke Lokasi

(Sumber: http://www.blogcatalog.com/blog/nsc-properties-pemaju-perumahan-di-kelantan)



7.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT:

Syarikat Terixs Garden’s Landscape Sdn. Bhd.
Terixs Garden Landscape Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 2004 dengan berbekalkan sedikit modal dan sedikit sebanyak ilmu dalam bidang landskap, kini sudah mula berjinak-jinak dengan mereka bentuk landskap untuk laman taman perumahan dalam pembinaan. Terixs Garden’s Landscape terdiri daripada enam orang pereka yang kritis dalam memberi idea-idea baru dalam bidang landskap sama ada laman rumah mahu pun dekorasi isi rumah. Selain itu, Teriks Garden Landscape sentiasa bersedia untuk membantu pengguna dalam penyediaan sesebuah laman atau pun konsep dekorasi yang diidamkan dengan memberi khidmat nasihat oleh tenaga pakar yang kami sediakan. Terixs Garden’s Landscape ditubuhkan atas dasar ingin membantu mereka yang memerlukan khidmat nasihat dalam penyediaan landskap yang betul dan pengurusan penyeleggaraan yang terbaik.

Selain itu, Terixs Garden’s juga menawarkan rekabentuk laman yang tidak terlalu menelan kos yang tinggi dan ianya disasarkan kepada golongan pertengahan yang juga turut inginkan laman atau dekorasi rumah yang indah serta mudah diselenggara. Kemungkinan masyarakat di luar sana khuatir untuk membina landskap kerana beranggapan bahawa ianya memakkan kos perbelanjaan yang tinggi. Tetapi tidak Terixs Garden’ Landscape membri segalanya degan harga berpatutan iaitu bermula dari RM 500 hingga RM 30,000 yang bergantung terhadap jenis kediaman.
Sehubungan itu, Terixs Garden’s Landscape menyediakan kepelbagaian rekabentuk landskap sama ada laman mahu pun dekorasi isu rumah antaranya konsep rekaan Bali, Tropika dan Oriental. Walau bagimanapun, pelanggan-pelanggan di Terixs Garden’s Landscape amat menggemari konsep rekaan Bali dan mendapat permintaan paling tinggi disebabkan oleh landskap Bali berorientasikan budaya Bali yang kelihatan santai dan tidak terlalu sarat dengan peralatan perhiasan serta mesra pengunjung. Sementara konsep oriental dan tropika pula tampil dengan binaan kayu kayan seperti gazebo, pagola, aneka jenis pokok dan tanaman hutan tropika dan laman lampu yang lebih bersifat ala Jepun, Korea dan China.

Rekanbentuk landskap ini ditawarkan adalah kerana masyarakat kini yang lebih mementingkan kehidupan berkualiti yang ingin memencilkan diri daripada suasana hiruk-pikuk dan justeru itu pembinaan landskap yang dipenuhi dengan tanaman hijauan bagaikan menaburkan keharmonian dan kemanan dalam perjalanan kehidupan seharian mereka. Oleh yang demikian Terixs Garden’s sentiasa memikirkan konsep hijau yang boleh digabungkan dengan konsep-konsep landskap yang lain agar ianya kelihatan unik dan mesra pengguna dan mudah diselenggara. Hal ini kerana Terixs Garden’s mempercayai bahawa melalui penggabungan konsep landskap laman akan memberi kesan yang luar biasa kepada pemilik dan tetamu yang mengunjungi mereka. Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat syarikat Terixs Garden’s boleh melayari laman web www.terixsgarden’slandscape.com atau kunjungi kami di alamat F6-03 Tingkat 6 Lima, Carrefour Subang Jaya, Subang, Selangor atau juga hubungi kami di talian 03-56368117.

8.0 Asas Reka Bentuk

Pemilihan Konsep Bali Tropika Kontemporari adalah disebabkan oleh ianya menggunakan pendekatan yang lebih mesra alam dan terbuka namum masih lagi berada dalam asas reka bentuk landskap asas seperti faktor keseimbangan, reka bentuk penanaman dan pengisian elemen hard landscape. Selain itu, konsep ini juga mengandaikan bahawa luas taman yang ada adalah dari pemisah sempadan yang ditunjukkan atas dasar penggunaan ruang tanah lot atau tanah kampung. Ini membuktikan bahawa konsep Bali Kontemporari ini fleksibel untuk diaplikasikan di taman perumahan bandar mahu pun luar bandar.

Persekitaran selalunya memainkan peranan dalam menentukan konsep yang cuba diterapkan dalam menyediakan satu laman atau taman yang diimpikan. Walau pun konsep asal laman ini berkonsepkan Bali Kontemporari kami telah menambah sedikit elemen tropika di mana ianya bertujuan untuk mewujudkan suasana kampung dalam bandar. Persekitaran kampung selalunya menggunakan asas perkongsiannya ruang sesama sendiri walau pun tidak sepenuhnya. Maka, ruang reka bentuk tertumpu kepada hampir kebanyakan ruang tanah kebun yag terletak di bahagian belakang untuk suasana yang lebih nyaman dan jauh daripada pandanga ramai.

Selain itu, kami mengambil pendekatan dengan menanam sayur-sayuran yang mudah diuruskan di samping mengindahkan pemandangan di bahagian belakang rumah kediaman. Ianya juga merupakan elemen sokongan yang kami ambil sebagai pendekatan bagi membentuk ikatan natural antara buatan manusia dan alam semulajadi flora dan fauna.

8.1 Konsep Reka Bentuk

Bali Tropika Kontemporari tampil dengan cadangan reka bentuk lebih mudah dan senang dibina, kami mencadangkan konsep Bali moden dengan potongan kemas dan ringkas diadaptasikan secara maksimum bagi mengurangkan impak sarat taman sedia ada. Dalam konteks kesinambungan ruang dan persekitaran, memerlukan satu transformasi yang lebih kelihatan sofistikated dan nampak lebih luas. Lebih banyak ruang lapang dan hijau diperuntukkan terutamanya pada titik tumpu reka bentuk iaitu laman belakang. Konsep Bali lebih menekankan unsur-unsur kayu kayan dan dengan penerapan unsur hijau ianya mampu menaikkan lagi suasana yang tenang dan selesa kepada pemilik kediaman.

8.2 Pelan Konsep Reka Bentuk (rujuk Lampiran A)

8.3 Pembahagian Ruang

Terdapat dua ruang yang perlu diberikan perhatian bagi konsep terbuka bersama alam ini. Setiap satu ruang haruslah mempunyai reka bentuk yang tertentu mengikut fungsi. Pembahagian ruang pula dibentuk kepada laman sisi dan laman belakang.

i) Laman Sisi

Laman sisi memperlihatkan bagaimana konsep ini menggunakan aspek keseimbangan reka bentuk antara elemen landskap kejur (hard landscape) dan landskap lembut (soft ladscape). Ruang taman asal kediaman ini kelihatan sempit dan tidak teratur namun dan hanya menggunakan pagar biasa setinggi 3 kaki. Oleh yang demikian kami mencadangkan diperkemaskan dengan binaan konkrit setinggi 5 kaki disusuli dengan tembok planter box yang diperbuat daripada batu sungai sepanjang 15 kaki sehingga ke laman belakang.
Selain konsep Bali moden tidak pernah lari dengan penggunaan tempayan dan kami mencadangkan tiga buah tempayan dekoratif beserta free standing wall dengan kemasan cat berwarna jingga yang mampu menaikkan lagi seri laman tanpa elemen landskap sarat yang lain. Ia secara tidak lagsung mencipta perspektif geometri mendatar yang tirus di hujungnya dan menjadikan pakej set pasu dekoratif sebagai titik fokal laman sisi. Di sudut ini juga dimuatkan dengan tanaman berbunga dan berdaun lebat serta kecil seperti Setawar Hutan, Tomato Cocos, Alphinia Purpurata, Arachis Pintoi sebagai tanaman tutup bumi berwarna kuning. Manakala Foxtail Palm dan Palma Livistonia setinggi 10 kaki sebagai tanaman primer.
Sebagai melengkapi elemen hard landscape yang ada, taburan batu Flate Stone atau Black Stone di sekeliling batu asas pasu dekoratif menggambarkan dengan jelas untuk menghasilkan satu kreativiti dalam mencipta efek visual tanpa had.

ii) Laman Belakang

Kami cuba untuk membangkitkan suasana di rumah dusun dengan menyediakan sebuah wakaf yang mempunyai seating area tetapi tidak terlalu padat dengan dekoratif agar ianya lebih kelihatan santai dan kelihatan luas. Selain itu, wakaf tersebut tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi dan membolehkan pemilik mencipta sendiri ruang santai di atas patio teduhan yang telah siap disediakan. Wakaf telah diperbuat daripada kayu resak dilengkapi dengan binaan pergola berbentuk ‘L’ serta tembok batu dari batu sungai.
Kombinasi elemen batu dan kayu di sudut ini melengkapi gaya Bali-Tropika yang mampu mewujudkan suasana kampung yang damai. Ianya mungkin tampil gaya yang agak kosong tidak seperti konsep Bali yang selalu yang sering dipadatkan dengan arca-arca dekoratif atau patung sebagai elemen penting, namun tujuan sebenarnya adalah untuk digunakan dalam pelbagai cara seperti duduk bersila atau menggunakan perabot taman mengikut kehendak dan keselesaan pemilik kelak. Bukan itu sahaja, binaan wakaf dan pagola ini dilengkapi dengan lampu dan kipas agar lebih selesa ketika digunakan. Halaman wakaf pula pereka memilih penggunaan concrete slab deselang selikan dengan taburan black stone dan flate stone bagi menyejukkan lagi suasana di samping mengurangkan penggunaan tanaman rumput yang memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.
Suasana santai dapat dirasai semasa keluarga pemilik berehat-rehat sambil menikmati kehijauan kebun mini, desiran air yang mengalir dari memberikan lagi ketenangan jiwa dan merehatkan minda. Disamping itu pemilik juga boleh menikmati keindahan binaan water feature yang berukuran 2 meter × 5 meter juga dalam kemasan tembok batu sungai dan air terjun mini fero simen. Water feature yang dibina secara berperingkat ini turut diperindah dengan panel dinding dekoratif kayu dan cat warna. Tembok batu yang turut bertindak sebagai planter box bagi tanaman menempatkan pokok asal kediaman yang merupakan pokok teduhan diikuti dengan Aloacasia Polly dan Arachis pintoi sebagai penyeri ruang.

8.4 Kebun Mini
Menghias taman bukan sahaja halaman hadapan rumah tetapi juga di belakang kediaman yang sering dilupakan. Namun, dengan kombinasi dua konsep ini pemilihan membina sebuah kebun mini adalah suatu yang menetapi ciri-ciri konsep laman tropika. Selalunya di kampung laman belakang adalah taman “syurga” buat wanita mahu pun lelaki kerana di situlah pelbagai jenis tanaman seperti ulam-ulaman dan rempah ratus di tanam.
Pemilik telah memilih kawasan di halaman belakang berhampiran dengan pagola dan wakaf untuk dijadikan kebun mini yang seluas 2 meter x 2 meter kaki persegi. Tanaman yang akan ditanam di kebun mini ini adalah seperti tomato cocos atau tomato ceri, terung, dan cili hiasan di mana tumbuh-tumbuhan ini mudah dipelihara dan mengeluarkan hasil yang boleh di jadikan hidangan. Di samping itu, tumbuh-tumbuhan ini juga boleh dijadikan tumbuhan perhiasan di mana hasil yang dikeluarkan itu mempuyai warna yang menarik dan ini menonjolkan lagi konsep tropika yang cuba ditampilkan.



9.0 JENIS-JENIS LANDSKAP DAN TUMBUH-TUMBUHAN YANG DIGUNAKAN DALAM REKABENTUK KONSEP LANDSKAP

9.1 Landskap Lembut



Rumput Mutiara
Rumput mutiara tumbuh dalam tempoh yag cepat seperti permaidani dengan radius pertumbuhan yang luas dan ia tidak seperti rumput biasa. Selain itu, antara kelebihan rumput mutiara ini ialah tahap ketahanan atau jangka hayatnya tinggi berbanding rumput biasa walau pun kerap digunakan atau berulang kali. Rumput mutiara ini juga mesra pengguna di mana ia tidak akan menyebabkan kegatalan dan selamat untuk kanak-kanak yang bermain di atas rumput ini disamping menyegarkan dan menghijaukan laman. Manakala dari aspek penyelengaraan rumput jenis ini pula adalah rendah kerana rumput mutiara tumbuh dengan cepat dan secara mendatar. Ciri-ciri rumput sedemikian akan memudahkan lagi kerja-kerja pemasangan dan pengurusan penyelenggaraan disamping dapat menjimatkan kos serta memperolehi kualiti pemandangan yang indah. (Sumber: Majalah Hias Laman Anjung Seri, 2006)



Bunga Kemboja Pink


Bunga Kemboja Kuning
Bunga Kemboja atau dalam Bahasa Inggerisnya dikenali sebagai Frangipani atau Plumaria dan selalu dikaitkan dengan kawasan perkuburan di Malaysia. Oleh yang demikian pokok bunga Kemboja jarang ditanam di halaman-halaman rumah. Selain itu, warna pokok bunga Kemboja selalunya berwarna putih kekunin-kuningan dan saiznya kira-kira 8 sentimeter. Manakala pokok bunga Kemboja Pink atau dikenali juga Kemboja Cina merupakan sejenis pokok bonsai yang sering ditanam di dalam pasu. Kebiasaannya pokok ini ditempatkan tepi kawasan rumah seperti di sepanjang deretan tembok. Selain itu, pokok ini memerlukan tanah poros yang tidak menyimpan air yang banyak kerana pokok Kemboja Cina ini mengandungi air dan mampu bertahan lama tanpa bekalan air. Ia mudah dijaga dan boleh diubah kedudukannya mengikut citarasa pemilik. (Sumber: Majalah Hias Laman Anjung Seri, 2006)



Tower Tree
Pokok Menara atau dikenali sebagai Tower Tree sering dijadikan pelengkap hiasan laman kerana keunikan rupa bentuk yang dikatakan menarik dan eksotik. Mendapat nama daripada cirinya yang tinggi seperti menara, Tower Tree merupakan tanaman tropika yang berasal dari Brazil ini juga dikenali sebagai Guapuruvu dan Brazilian Fern Tree. Bagi landskap laman, pokok ini sesuai ditanam di kawasan yang luas atau hadapan rumah, belakang serta sudut kanan dan kiri laman. Selain itu, kebiasaanya pokok Menara akan dijadikan sebagai mercu tanda kediaman kerana ketinggiannya. Sehubungan itu, pokok ini dijadikan petunjuk arah kepada pengunjung yang berkunjung ke rumah pemilik kediaman di mana sekiranya kediaman pemilik sahaja yang menanam pokok ini. Pemilihan pokok ini juga bertepatan dengan konsep laman Bali Tropika Kontemperori terutamanya jika mempunyai laman yang besar dan cirinya yang menyerlah untuk laman ini kerana ketinggiannya serta bentuknya seperti paku pakis. Pokok Tower Tree selok-eloknya ditanam pada laman ketika usia pokok ini selepas tiga bulan dari nurseri bagi memastikan pokok berkenaan dijaga dengan rapi untuk mengelak ia mati. Pokok ini boleh dianggap sebagai tumbuhan baru dalam landskap maka harga bagi setiap sebatang pokok setinggi satu meter boleh mencecah RM300 dan ke atas. (Sumber: Berita Harian, Oktober 2009 )



Pegaga Gajah
Pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica ialah sejenis ulaman popular orang Melayu. Tumbuhan menjalar yang tumbuh dalam tanah yang lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunya yang wangi. Ia mudah tumbuh di kawasan tanah yang subur dan agak lembab serta bersaliran baik. Selain daripada mengandungi pelbagai khasiat pegaga juga boleh dijadikan tumbuhan perhiasan dan ianya sesuai diletakkan di bahagian pancuran air kerana kawasan ini berair di samping melembutkan lagi binaan water feature. Pokok ini mudah di jaga dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Oleh itu, pemilik tidak perlu terlalu beri perhatian terhadap pokok ini cukup sekadar membuang daun-daun yang rosak dan mengemaskannya agar tidak terlalu semak di pandang. (Sumber: Majalah Hias Laman Anjung Seri)


9.2 Pokok Renek



Setawar Hutan Alpinia Purpurata

Setawar Hutan atau Costus globosus merupakan sejenis tumbuhan hutan yang tergolong dalam keluarga tumbuhan halia. Pertumbuhannya boleh mencecah sehingga enam hingga lapan kaki. Ianya juga merupakan salah satu tumbuhan herba yang boleh mengurangkan kepansan badan ketika demam. Tumbuhan ini mudah dijaga dan diselenggara dan tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak. Oleh yang demikian tumbuhan ini sesuai dijadikan pokok renek di dalam laman pemilik kediaman. (Sumber: http://www.borneofocus.com/saip/vaic/Natural_Wealth/setawar_hutan.htm)





Arachis Pintoi
Selain rumput sebagai tumbuhan penutup bumi, pemilik juga boleh memilih tumbuhan penutup bumi yang lain seper Archis Pintoi dan Rain Lily. Di mana tumbuhan penutup bumi ini juga mampu mencantikkan lagi laman di samping mengeluarkan bunga-bunga kecil yang mendamaikan. Arachis Pintoi berasal dari Portugis dan tumbuhan ini biasa di tanam di taman-taman negara di Brazil. Tumbuhan ini ditanam di kawasan lapang dan ia bersifat tahan lama walau pun digunakan berulang kali. Kos penyeleggaraan tumbuhan ini tidaklah terlalu tinggi dan ia mampu mencantikkan laman pemilik. Selalunya, tumbuhan ini di tanam ditepi-tepi batas sebagai tumbuhan penutup bumi kerana ia mempunyai warna bunga yang menarik. (Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Arachis_pintoi )



Pokok Sepit Udang
Poko sepit udang atau nama saintifiknya Heliconia merupakan sejens pokok hiasan yang sering ditanam di halaman rumah. Walau bagaimanapun, ia perlukan penyelenggaraan yang rapi namun pemilik kediaman tidak perlu khuatir kerana penjagaannya adalah tidak rumit atau sukar hanya. Heliconia mempunyai bunga yang cantik dengan warna yang menarik dan pokok ini tidak mempunyai bau yang harum mahu pun sebaliknya. Daunnya sepanjang 15-300 sentimeter, berbentuk lonjong dan tumbuh batang tidak berkayu yang kebiasaanya batang akan lebih panjang berbanding daunnya. Pokok jenis ini dipilih adalah untuk dijadikan sebagai salah satu jenis tumbuhan renek untuk dimuatkan dalam konsep Bali Tropika Kontemperori. (Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Sepit_Udang )




9.3 Palma



Pokok Buluh Minyak

Pokok buluh minyak dan betong sering menjadi hiasan laman berkonsep Zen, Jepun dan China kerana ia dikatakan menjadi ciri utama laman sedemikian. Namun dalam konep Bali Tropika Kontemperori ini juga menggunakan pokok buluh yang diletakkan di bahagian water feature bertujuan untuk melembutkan lagi landskap kejur. Selain itu, pokok buluh merupakan pokok berasal daripada kawasan tropika berdaun lebat berwarna hijau dengan batannya yang boleh hidup memanjang sehingga lebih 30 meter dan dikenali juga sebagai tumbuhan tropika paling panjang. Buluh Minyak dan Buluh Betong sering menjadi pilihan seni hiasan laman kerana rupanya yang cantik dan unik untuk seni hias taman dan ia juga merupakan tumbuhan eksotik. Selain itu, dengan akar yang berselirat adalah memudahkan menanam buluh dalam pasu dan bekas kerana mudah untuk mengawal pembiakannya dan menjimatkan kerja menyelenggara serta memudahkan kerja menata rias laman. Pemilik tidak perlu khuatir dengan sifat ketahanan pokok buluh ini kerana dengan baja, tanah dan air yang mencukupi kebiasaannya buluh dalam pasu mampu bertahan bertahun lamanya dan sifatnya yang lasak juga menyebabkan ia menjadi pilihan ramai untuk laman. (Sumber: Berita Harian Online, 2009 )



Foxtail Palm
Foxtail Palm merupakan sejenis pokok palma yang kini semakin popular dijadikan tumbuhan landskap di laman-laman rumah kediaman. Nama saintifik foxtail palm ialah Wodyetia Bifurcata merupakan sejenis pokok bunga tropika yang eksotif di mana ianya telah dijumpai sejak 30 tahun yang lampau. Selain itu, Foxtail Palm mula popular dalam bidang landskap pada tahun1987 di mana ia digunakan sebagai landskap palma di United States dan di Asia. Hal ini kerana sifatnya yang mudah di tanam dan mudah diselenggara menyebabkan ramai pereka landskap menggemarinya dan ia juga boleh dijadikan sebagai mercu tanda sesebuah kediaman. (Sumber: http://foxtailpalm.net)


9.4 Landskap Kejur



Kombinasi Wakaf dan Pagola
Sejak kebelakangan ini, binaan pelengkap laman seperti wakaf dan pagola semakin diminati lebih-lbih yang diperbuat daripada kayu. Sehubungan itu, pemilihan jenis kayu amat penting selain harganya yang jauh lebih mahal. Lazimnya, kayu yang biasa digunakan bagi pembinaan wakaf dan pondok ini adalah daripada jenis cengal dan meranti. Namun ada juga yang menggunakan kayu resak, getah dan kelapa untuk kelihatan cantik tetapi ianya tidak tahan lama dan mudah rosak. Pagola atau wakaf seringkali dibina dalam konsep Bali kerana ia juga merupakan salah satu seni bina kayu yang digunakan di Bali di mana ia diperkemaskan dengan cat warna kayu yang akan menimbulkan warna yang menarik dan klasik. Sesuai digunakan oleh semua lapisan dan ia juga merupakan mesra pengunjung di mana ia juga boleh dijadikan temmpat untuk bersantai bersama tetamu sambil menikmati pemandangan laman dan kebun mini.



Tempayan
Tempayan merujuk kepada sejenis bekas yang diperbuat daripada tembikar. Bekas yang mempnyai pelbagai saiz dan ukiran ini berasal dari negara China dan ia digunakan bagi menyimpan beranga, makanan, air dan sebagainya. Namun di Bali tempayan digunakan sebagai barang perhiasan dan merupakan simbol konsep Bali disamping elemen-elemen lain. Temapayan merupakan intrumen penting dalam konsep Bali di mana ianya sering digunakan sebagai bahan perhiasan dan mempunyai ukiran yang agak unik dan kreatif. Namun, bagi orang Muslim tidakla menjadi halangan untuk mendapatkan laman berbentuk Bali kerana terdapat juga tempayan yang tidak mempunyai ukiran-ukiran patung atau haiwan-haiwan yang di larang oleh agama Islam. Kaedah penjagaannya pula senang dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Hal ini kerana rupa bentuknya yang sedia klasik dan tahan lama namun ia mudah pecah sekiranya tidak berwasapada semasa untuk mengubahnya.



Flate Stone


Black Stone
Batu merupakan elemen smeulajadi yang wujud sejak dahulu lagi dan ia tidak dinafikan memainkan peranan penting dalam kehidupan. Kini kegunaan batu semakin meluas dan menjadi elemen hiasan penyeri taman seta landskap buatan. Selain itu, penggunaan batu tidak terbatas kerana ia digunakan dalam apa jenis pun konsep landskap iaitu sama ada konsep Jepun, Bali, Tropika dan kontemporari di mana ia menjadi pelengkap kepada konsep tersebut. Penggunaan batu dalam landskap juga adalah kerana sifatnya yang tahan lama, kuat, senang diselenggara dan kelihantan semulajadi. Terdapat pelbagai jenis batuan antaranya batu sungai semulajadi , ferro iaitu yang dibuat daripada simen atau juga yang berasal dari gunung berapi juga boleh digunakan untuk taman. Dalam konsep Bali Tropika ini pereka telah memilih batu sungai iaitu flate stone dan black stone yang digunakan di bahagian siar kaki ke pagola dan wakaf. Di mana batu-batu ini akan diletakkan di tepi-tepi siar kaki dengan diselang selikan dengan tumbuhan tutup bumi. Ini adalah untuk menaikkan warna dua kombinasi elemen iaitu elemen batuan dan tumbuhan.


Water Feature Konsep Bal


Sistem Pancuran Air


9.5 Kitaran Air Terjun Berfungsi

Landskap berbentuk kejur telah digunakan dalam seni taman rumah ini. Perbelanjaan pada peringkat awal akan memerlukan belanja yang tinggi. Penyelenggaraan untuk setiap bulan tidak menggunakan belanja yang tinggi. Sistem kitaran air yang digunakan tidak akan menjejaskan pencemaran alam sekitar dan tidak memerlukan penyelenggaraan untuk setiap bulan. Sistem ini menggunakan air yang mempunyai takungan di dalam tangki yang berfungsi untuk memproses air yang digunakan untuk kitaran air terjun. Penggunaan air hujan ketika proses kitaran air terjun akan menjimatkan penggunaan bekalan air paip. Sistem ini akan menggunakan sistem teknologi dimana air hujan yang terdapat dalam takungan air akan diproses dalam tangki bekalan dan seterusnya akan menerusi tangki bekalan. Seterusnya, air yang di dalam bekalan tangki akan diproses dalam tangki penapisan sebelum air tersebut dialirkan semula untuk kitaran air terjun. Tapisan air tersebut akan dilaksanakan dalam dua tapisan. Kitaran air terjun itu akan dialirkan semula dan dalam proses yang dinyatakan seperti proses tadi. Penyelenggaraan kitaran sistem ini tidak menggunakan kos yag tinggi untuk penyelenggaraan bulanan kerana sistem ini adalah sistem kekal.




9.6 Kebun Mini


Terung
Terung atau nama saintifiknya Solanum Melongena merupakan salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk Malaysia. Terung mempunyai pelbagai bentuk seperti berbentuk panjang yang berwarna ungu atau pun putih dan juga berbentuk bulat yang berwarna ungu gelap dan juga berwarna putih. Walau bagaimana pun pokok terung memerlukan penjagaan yang rapi kerana pokok ini mudah diserang penyakit layu bakteria, namun dengan masa yang terluang pemilik mampu menjaganya dan menjadikan waktu petang sebagai aktivti berkebun. (Sumber: www.doa.sarawak.gov.my/btinjal_bm.htm)



Cili Hiasan
Cili hiasan berasal dari Itali dan benihya dibeli dari United Kingdom merupakan sejenis pokok yang mengeluarkan buah segumpal yang kelihatan sangat menarik. Pokok cili ini juga dikenali sebagai Etna buahnya hanya mula masak pada hujung bulan ketiga. Walau bagaimanapun kepedasan cili ini adalah berada tahap yang rendah berbanding Cili Padi 704. Memang sesuai untuk ditanam sebagai tanaman hiasan atau mereka yang tidak kuat pedas. Cili hiasan atau nama saintifiknya capsicum annuum adalah pokok yang sesuai di tanam di batas atau di dalam pasu. Selain itu, pokok jenis ini memerlukan cahaya matahari yang banyak dan halaman belakang rumah kediaman ini adalah kawasan paling sesuai untuk pokok cili hiasan ini. (Sumber:h ttp//fertigasidiy.blogspot.com/2009/08/etna-cili-hiasan.htrr)


Pokok Tomato Ceri
Benih tomato ceri iaitu ianya sejenis tomato dari spesis Momotaro yang berasal dari Jepun mendapat pemintaan tinggi di pasaran negara matahari terbit itu sendiri selepas Hong Kong, Thailand dan Singapura. Tomato ceri daripada spesis Momotaro ini mudah ditanam dan juga mengeluarkan hasil yang boleh dimakan seisi keluarga di samping mengeluarkan warna yang menarik iaitu merah keorenan. Walau bagaimanapun, tomato ceri tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak oleh itu penanamannya haruslah diteduhkan dengan sedikit pegola agar cahaya matahari tidak masuk secara terus. (Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua)
10.0 Anggaran Kos Perbelanjaan

No. Perkara/ Item Unit Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)
A Kerja permulaan perbersihan tapak dan membekal tenaga kerja, marata tanah dan membuang sampah sarap 800.00
Kos penyelenggaran 1556.00

B Soft Landscape
Pokok
1. Kemboja Pink 3 150.00 450.00
2. Kemboja Kuning 3 150.00 450.00
3. Tower Tree 4 250.00 1,000.00

C Pokok Renek
1. Calathea Lutea 15 30.00 450.00
2. Tomato Cocos 15 15.00 225.00
3. Alpinia purpurata 20 20.00 400.00
4. Arachis pintoi 15 3.00 45.00
5. Raphis humilis 10 30.00 300.00

D Palma
1. Livistonia rotundifolia 5 450.00 2,250.00
2. Foxtail Palm 5 300.00 1,500.00

E Hard Landscape
1 Wakaf 8,000.00 8,000.00
2. Tembok batu 2,500.00 2,500.00
3. Pergola 4,000.00 4,000.00
4 Concrete 15 30.00 450.00
5 Flate stone 500.00 500.00
6. Tempayan 3 300.00 300.00
7. Concrete Wall 2,500.00 2,500.00
8. Water Feature 5,000.00 5,000.00
32676.00



Jumlah kos perbelanjaan adalah sebanyak RM 32676.00. Bahawa 5 % daripada kos perbelanjaan adalah kos penyelenggaran, iaitu sebanyak RM1556.00.
Kos perbelanjaan yang agak tinggi, kerana pihak kami menggunakan peralatan yang kualiti tinggi serta tumbuhan- tumbuhan yang besar, bukan dari anak benih atau semasa kecil. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada pokok yang ditanam mati sebelum membesar.

Kerja permulaan perbersihan tapak dan membekal tenaga kerja, meratakan tanah dan membuang sampah sarap adalah sebanyak RM 800.00. Kerja ini adalah untuk membersihkan tapak pembinaan, supaya projel pembinaan tidak terjejas.

Selain itu, bahagian kos perbelanjaan yang paling banyak adalah untuk pembinaan wakaf, iaitu sebanyak RM 8,000.00. Ini kerana kos pembinaan wakaf ini termasuk kos pekerja pembinaan.
Bagi pihak pereka landskap untuk mengurangkan kos penyelenggran, bahawa pereka telah memilih peralatan yang berkualiti. Seperti mesin water feature yang canggih. Supaya mesin tersebut tidak akan mudah rosak dan ini dapat mengurangkan kos penyelenggaran


11.0 KELEBIHAN LANSDKAP KONSEP BALI TROPIKA KONTEMPERORI

Rekabentuk Bali dan Tropika kontemperori dipilih kerana kedua-dua konsep ini mampu memberi kelainan dan keselesaan yang luar biasa. Terdapat beberapa kelebihan penggunaan konsep ini antaranya ialah pemilik dapat memiliki kedua-dua konsep laman dalam satu laman. Keunikan penggabungan kedua-dua konsep ini adalah dua rekabentuk yang digabungkan di mana kedua-dua konsep ini banyak menggunakan unsur alam semulajadi di mana konsep Bali banyak menerapkan unsur kayu kayan yang dikemaskan dengan warna kayu yang asli dan ini memberikan kesan tarikan yang amat menarik dan kelihatan mewah tetapi ringkas. Manakala konsep tropika pula banyak menggunakan tumbuh-tumbuhan hijau yang mendamaikan.

Selain itu, konsep Bali Tropika Kontemperori ini juga menampilkan gaya hidup moden namun suasana kampung masih dijadikan asas kepada rekabentuk konsep ini. Hal ini kerana masyarakat masa kini sudah mula inginkan suasana tenang apabila pulang dari rumah setelah seharian bekerja di luar. Selain itu, dengan penerapan konsep ini mampu menenangkan fikiran ahli keluarga ketika bersantai bersama-sama di pagola dan wakaf sambil menikmati hidangan minum petang.

Konsep ini juga merupakan konsep yang direka khas lebih bersifat mesra pengunjung. Mesra pengunjung yang dimaksudkan adalah di mana landskap yang dibina diterima oleh setiap pengunjing yang melawat pemilik kediaman. Ia tidak terlalu ringkas dan juga tidak terlalu padat dengan tumbuh-tumbuhan yang boleh merimaskan pemandangan. Water feature yang dibina mampu mendamaikan pengunjung ke rumah pemilik.
Penggunaan konsep Bali Tropika ini sesuai bagi rumah di Bandar dan kawasan yang mempunyai laman besar. Konsep Bali kontemporari mudah untuk diaplikasikan dan menjimatkan kerana lebih kepada penggunaan kayu-kayan yang memberikan ruang kelihatan lebih seimbang dan damai serta disamping menyerlahkan sikap ketenangan kepada pemilik rumah yang terlalu kesuntukan masa dalam menyenangkan fikiran mereka dan lebih – lebih lagi pemilihan landskap mempunyai unsur tropika kerana ia dekat dengan jiwa.

Selain itu, konsep tropika, jenis tumbuhan digunakan tidak terlalu besar dan berdaun, sesuai bagi pemilik yang mempunyai masa terhad, walaupun tidak bekerja, tetapi bagi mereka yang kerap berada di luar seperti orang bekerja. Malah, konsep ini lebih menekankan kepada rumah yang mempunyai ruang sempit eloklah ditanam dengan pokok berdaun kecil dan berbunga sederhana dan warna juga memberi impak kepada ruang kerana terlalu banyak warna gelap iaitu dipenuhi banyak pokok jenis berdaun, akan kelihatan sempit jika dibandingkan ruang yang ditanam dengan tanaman berwarna cerah.

Di samping itu, konsep ini juga menggambarkan susunan landskap yang mengikut turutan jarak akan menimbulkan suasana harmoni kerana jika tanaman bertekstur kasar dan halus digunakan, ia akan menampakkan kawasan lebih luas. Tambahan pula, konsep Bali dikenali RasBali mewarnai landskap kediaman dan semakin mendapat perhatian ramai kerana menampilkan gabungan taman dan kolam mini air pancutan dapat menghapuskan ketegangan dan memberi kedamaian serta kepuasan yang tidak terhingga kepada pemilik rumah.

Penggunaan konsep ala bali ini mengambil tempat dalam seni rekaan dan tata hias taman di kebanyakkan kediaman walaupun kini ramai yang beralih kepada konsep minimal, ala nusantara dan tropika bali. Di samping itu, konsep bali tropika yang merencanakan penggabungan antara unsur tradisional dan unsur penghijauan, di mana mempunyai kaitan yang mendalam untuk membentuk suatu landskap yang sejuk dan cantik bagi mata memandangnya. Penggunaan konsep Bali masih kekal menjadi pilihan utama kerana keunikan motif dan pepohon yang melengkapkan lagi laman yang luas serta menonjolkan keistimewaannya.


12.0 KELEMAHAN LANDSKAP BALI TROPIKA KONTEMPORARI

Dalam menikmati konsap landskap yang diidamkan, namun ada lagi kelemahan dan kekurangan yang wujud dalam membina konsep tersebut. Antara kelemahan dan kelemahan yang ada dalam landskap ini adalah ia memerlukan jangka masa yang agak panjang kerana kosultan perlu membuat tempatan untuk mendapatkan pagola bali yang asli dari luar negara iaitu Indonesia.

Selain itu, kelemahan yang ada pada konsep landskap Bali Tropika ini adalah memerlukan penjagaan yang rapi dan sedikit rumit dalam penjagaan tumbuh-tumbuhan kerana landskap ini memnggunakan pelbagai tumbuh-tumbhan untuk melengkapkan konsep Bali Tropika yang memerlukan elemen semulajadi. Pengguna perlulah sentiasa memastikan keadaan tumbuh-tumbuhan sentiasa dalam keadaan yang baik dan tanpa serangan sebarang serangga perosak.

Dalam menjaga tmbuh-tumbuhan, pengguna hendaklah sentiasa menjaga keadaan kolam mini yang dibina dengan menggantikan air kolam supaya air sentiasa dalam keadaan yang bersih dan jernih untuk menggelakkan pembiakan nyamuk Adies.penjagaan kolam air sangat pentig kerana ia menjadi tempat merehatkan diri dan beriadah seisi keluarga bagi pemilik rumah ketika berdama keluarga.

Pengguna juga hendaklah mendapatkan nasihat daripada konsultan mengenai penjagaan tumbuh-tumbuhan dan kolam mini supaya pemilik mudah untuk mengendalikan sendiri kerja-kerja pembersihan dan penjagaan selepas tamatnya tempoh penjagaan dari pihak konsultan.nasihat yang diterima akan menjadi panduan kepada pemilik rumah dalam memastikan landskap yang dibina sentiasa kekal seperti ia baru-baru dibina.

Kelemahan yang wujud dalam landskap ini dapat dilihat melalui tumbuh-tumbuhan yang jarang dijumpai dan sukar untuk diperolehi sekiranya tumbuh-tumbuhan tersebut tidak dapat hidup subur dan mendapat seranganserangga perosak. Ini kerana tumbuhan-tumbuhan yang digunakan banyak terdapat di dalam hutan dan ia memerlukan masa dan tempat untuk memperolehinya bagi mengekalkan reka bentuk landskap iaitu landskap Bali Tropika kontemporari

Daripada perkara di atas, beberapa kelemahan yang wujud dalam membina landskap Bali Tropika Kontemporari ini. Ia bukanlah sesuatu yang sukar tetapi menjadi mudah sekiranya pemilik sentiasa memastikan keadaan landskap idaman mereka sentiasa dalam keadaan yang baik seperti asal. Tidak menjadi keberatan kepada pemilik rumah untuk menikmati konsep landskap idaman mereka.














13.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, landskap telah menjadi amalan dan budaya cara hidup masyarakat di Malaysia. Terdapat beberapa undang-undang yang telah disediakan untuk memastikan setiap pembangunan yang hendak dibangunkan hendaklah mempunyai landskap yang tersendiri untuk mengindahkan kawasan pembangunan tersebut. Terdapat beberapa peruntukan undang-undang dan garis panduan untuk memastikan kerja-kerja penanaman pokok seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976, Bahagian VA. Selain itu juga, elemen-elemen landskap yang diterapkan mestilah sebagai landskap lembut dan penyeri kepada persekitaran melalui Garis Panduan Landskap Negara 1995. Dengan adanya pelaksanaan akta atau undang-undang yang diperuntukan oleh kerajaan untuk mengekalkan sebahagian daripada pokok besar yang sedia ada iaitu dalam Bahagian 35A, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976. Landskap telah menjadi satu wawasan negara untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘Negara Taman’ pada tahun 2005. Landskap di Malaysia juga terus berkembang di mana kerajan telah mewujudkan badan yang bertangungjawab untuk menguruskan landskap seperti Unit Landskap di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1981, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Landskap Negara. Oleh itu, landskap sangat memainkan peranan yang penting kepada sesuatu pembangunan bagi memastikan sesuatu kawasan dalam keadaan yang lebih menarik dan tersusun. Landskap juga turut memberikan inspirasi kepada setiap manusia yang melihat dan memberikan ilham kepada yang memandang.








1 comments:

Danial Faruq said...

bolehkan saudara menghuraikan teknik - teknik penjagaan kolam biologi dan kimia

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...