Bayangan

Pages

Pengenalan Perumahan


Pengenalan

Menurut Bourne (1981) rumah bukan semata-mata melibatkan unsur-unsur fizikal, malah lebih memberi makna kepada penghuninya.Ianya berkait rapat  dengan sosioekonomi, politik , kejiranan dan persekitaran. Kepentingan perumahan kepada ekonomi juga boleh diukur dalam bentuk gunatenaga , pengeluaran, pelaburan dan perbelanjaan pengguna.Ianya lebih jelas dilihat dari aspek Keluaran Negara Kasar (KNK) iaitu dari segi nilai pelaburan dan sumbangannya kepada sektor perkidmatan.  Rumah boleh diklasifikasikan sebagai satu unit kediaman dan keperluan manusia untuk berteduh dari hujan, panas dan tiupan angin. Isu perumahan tidak terhad kepada penyediaan unit kediaman tetapi turut meliputi elemen prasarana, infrastruktur, kemudahan awam dan perkhidmatan sosial, alam sekitar serta komuniti. Dalam konteks negara Malaysia, pembinaan rumah kediaman pelbagai jenis tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Namun, malangnya ia dilihat amat kurang dari segi kualiti dan nilai kehidupan, tetapi hanya lebih mementingkan kuantiti dan yang mana akhirnya ia memberi impak buruk apabila terjadinya sesuatu perkara yang diluar dari jangkaan pemaju, pembeli mahupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Permasalahan yang timbul dari pemaju ialah rata-rata di antara mereka lebih memikirkan untuk mendirikan lebih banyak kuantiti rumah supaya lebih banyak dapat keuntungan.  Dari aspek pengurusan projek, kos memainkan peranan penting dan ianya menentukan jumlah keuntungan yang dapat dipungut oleh pemaju.  Namun, kesan daripada pengurangan kos pula sering berkait rapat dengan kualiti bahan binaan ataupun kualiti rumah itu sendiri.  Permasalahan seperti ini biasanya akan ditanggung oleh pembeli dan selalunya permasalahan ini berlaku apabila beberapa tahun selepas membeli rumah tersebut.  Ia sekaligus merugikan pihak pembeli dan akhirnya akan membawa kepada campurtangan pelbagai pihak.  Selain itu, permasalahan yang lebih rumit akan ditanggung oleh PBT itu sendiri apabila berlakunya sesuatu permasalahan di sesebuah tempat.  Sebagai contoh, kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang pada tahun lalu memperlihatkan banyak pihak yang menuding jari ke arah PBT yang mana memberi kelulusan untuk menjalankan projek pembangunan di kawasan cerun. 

Bagi PBT yang meluluskan permohonan kebenaran merancang, pihak berkuasa perancang tempatan mungkin tidak mengetahui akan keberangkalian atau kemungkinan akan berlakunya masalah tanah runtuh dan hakisan yang berlaku seperti di kawasan tersebut. Justeru, bagi mendapatkan maklumat-maklumat lebih tepat, pihak berkuasa perancang tempatan biasanya akan mengadakan lawatan tapak bagi mengetahui akan keadaan tanah dan strukturnya atau berdasarkan pandangan dan keterangan daripada beberapa agensi teknikal seperti Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Pejabat Tanah dan Daerah dan sekiranya boleh melalui Laporan Cadangan Pembangunan (LCP), menurut Akta Perancang Bandar dan Desa 1976, yang disediakan oleh pemaju sendiri. Mungkin, sumber-sumber ini tidak juga memberikan maklumat-maklumat tambahan yang diperlukan serta tepat mengenai kesesuaian tanah dan lokasi bagi melaksanakan sesuatu pembangunan bagi tindakan pihak berkuasa perancang tempatan dalam meluluskan kebenaran merancang.

Permasalahan seperti ini sebenarnya adalah juga berpunca dari pihak pembeli itu sendiri.  Sekiranya tiadanya permintaan projek pembangunan di kawasan itu, maka PBT juga tidak perlu untuk meluluskan kebenaran merancang. Namun, perkara seperti ini dilihat dari segi status dan kuasa yang mana kebanyakan daripada mereka yang tinggal di kawasan tinggi dan berisiko ini adalah mereka yang datang dari golongan berstatus tinggi.  Oleh itu, pengaruh yang ada digunakan mereka untuk membuatkan mendapatkan kelulusan merancang di kawasan yang tidak sepatutnya diadakan projek pembangunan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...